Sunday, March 08, 2009

RELEKSASI MINDA 2

BUKU

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”


“Ada apa, cik?” petugas perpustakaan bertanya.


“Minggu lalu saya pinjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni


“Kenapa pula cik?”


“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang diantara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku tu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”


Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Ahaa.... jadi awaklah orang yang membawa buku telefon kami yang hilang minggu lalu!”


Sabun, Deodorant, Minyak Wangi, Ubat Gigi & Shampoo BABA

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab. “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant pulak, deodorant mana yang awak selalu gunakan?”

“Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Ubat Gigi?”

“Ubat Gigi Baba jugak.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok..0k, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara? Kerana saya belum pernah dengar lagi jenama ni? Siapa tahu awak selama ni memakai produk yang tidak sihat...”

Pelajar itu menjawb, “Bukan jenama temapatan atau luar negara. Baba tu roomate saya.”


ORANG GILA

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa, Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteren, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama yang dipanggil. Doktor itu memberi situasi.

“Kamu. Kalau kamu dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?”

Junior berfikir seketika. “Padang pasir panas...” Doktor mengangguk. “Ada harapan nak dilepaskan dia ni...” hati doktor berdetik.

“Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana.”

Doktor tersebut senang hati dengan jawapan Junior. Kemudian

, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.

“Yang saya tau, padang pasir tu panas...” Senior berkata setelah berfikir panjang.

“Ya!” Jawab doktor terbabit dengan penuh semangat.

“Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk kat sana!”

Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteren pula dipanggil.

“Awak dah lama benar di sini kan?”

“Ya, tuan doktor” jawab Veteren selamba

Kemudian doktor mengajukan soalan sama seperti dua rakan Veteren sebelum ini.

“Oh, padang pasir, memang panas betul disana,” Veteren tidak mengambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.

“Ya!” Doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteren sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.

“Kalau begitu, saya rasa saya nak bawa pintu kereta...”

Tersentak doktor bila mendengar jawapan Veteren. “Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?”

Veteren dengan penuh yakin menjawab, “Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!”


No comments:

Post a Comment