Monday, August 31, 2009

Ogos 31

PUTRAJAYA - Ogos 28, 2009






Tuesday, April 14, 2009

U are SMARTER if...


Apakah definisi SMART bagi anda? mesti pelbagai kan... ada antara kita yang mendefinisikan SMART dengan merujuk rupa paras, intelektual dan sebagainya. Actually... you are SMARTER if your GOAL (MATLAMAT) in life have the criteria that i listed down here... so check it out...

S
- Specific (spesifik)

M - Measuarable (boleh diukur)
A - Attainable (boleh dicapai)
R - Reasonable (berpatutan)
T - Time bound (jangka masa)
E - Exciting (seronok/mengembirakan)
R - Rewarding (ganjaran)

...So are you SMART...? or SMARTER?...
think wisely... hihihi...

Saturday, April 11, 2009

PELANGI PETANG




...semoga terhibur...

Sunday, March 08, 2009

RELEKSASI MINDA 2

BUKU

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”


“Ada apa, cik?” petugas perpustakaan bertanya.


“Minggu lalu saya pinjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni


“Kenapa pula cik?”


“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang diantara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku tu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”


Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Ahaa.... jadi awaklah orang yang membawa buku telefon kami yang hilang minggu lalu!”


Sabun, Deodorant, Minyak Wangi, Ubat Gigi & Shampoo BABA

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab. “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant pulak, deodorant mana yang awak selalu gunakan?”

“Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Ubat Gigi?”

“Ubat Gigi Baba jugak.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok..0k, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara? Kerana saya belum pernah dengar lagi jenama ni? Siapa tahu awak selama ni memakai produk yang tidak sihat...”

Pelajar itu menjawb, “Bukan jenama temapatan atau luar negara. Baba tu roomate saya.”


ORANG GILA

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa, Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteren, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil. Junior orang pertama yang dipanggil. Doktor itu memberi situasi.

“Kamu. Kalau kamu dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?”

Junior berfikir seketika. “Padang pasir panas...” Doktor mengangguk. “Ada harapan nak dilepaskan dia ni...” hati doktor berdetik.

“Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana.”

Doktor tersebut senang hati dengan jawapan Junior. Kemudian

, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.

“Yang saya tau, padang pasir tu panas...” Senior berkata setelah berfikir panjang.

“Ya!” Jawab doktor terbabit dengan penuh semangat.

“Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk kat sana!”

Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, Veteren pula dipanggil.

“Awak dah lama benar di sini kan?”

“Ya, tuan doktor” jawab Veteren selamba

Kemudian doktor mengajukan soalan sama seperti dua rakan Veteren sebelum ini.

“Oh, padang pasir, memang panas betul disana,” Veteren tidak mengambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.

“Ya!” Doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteren sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.

“Kalau begitu, saya rasa saya nak bawa pintu kereta...”

Tersentak doktor bila mendengar jawapan Veteren. “Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?”

Veteren dengan penuh yakin menjawab, “Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!”


Saturday, March 07, 2009

KAUNSELOR BUNUH DIRI

Apa reaksi anda semua apabila first time baca caption di atas? Mesti ramai ada persepsi yang tersendiri dan berbeza kan? Mungkin ramai yang fikir telah berlakunya tragedi, iaitu seorang kaunselor membunuh diri. Itu juga impression pertama saya bila nampak tajuk artikel ini. Tetapi, SEBENARNYA..., caption ‘kaunselor bunuh diri’ ini merujuk kepada sebuah profesion. Kerjaya seorang kaunselor yang memberi perkhidmatan tentang cara dan perancangan untuk membunuh diri!


Percaya tak...? wujud pula kerjaya macam ni kan... artikel ni saya dapat daripada KOSMO, yang bertarikh 5 Januari 2009. Mula-mua baca, saya rasa macam tak logik je wujud perkhidmatan macam tu yang ditawarkan oleh kaunselor. Tetapi memang WUJUD! Kaunselor bunuh diri ni adalah profesion yang wujud di Eropah. Berfungsi sebagai perunding bagi memastikan perbuatan membunuh diri dapat dilaksanakan dengan terancang dan berjaya.


Di Jerman, lelaki bernama Roger Kusch telah mengiklankan perkhidmatannya sebagai ‘kaunselor bunuh diri’ yang memberi nasihat dan dorongan kepada mereka yang memilih kematian sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Dia kenakan bayaran 8000 euros (RM 38 867) bagi setiap kes yang dibantu. Wah... mahal tu! Antara suggestion Kusch ni tentang cara nak membunuh diri ialah dengan minum racun. Kebanyakan klien Kusch ini adalah orang tua (kesunyian untuk hidup seorang), individu yang sakit ataupun berdepan dengan tekanan. Dia ada lebih 100 calon yang serius dalam senarainya untuk diBANTU! Banyak tentangan terhadap kerjaya ni sebenarnya, sehinggakan Julai lalu, Parlimen Jerman telah mengumumkan bahawa ‘bantuan bunuh diri terancang’, adalah sebagai menyalahi undang-undang. Tetapi sehingga hari ini, profesion ni masih ada. Relevan ke tak... sama-sama la kita fikir.


P/s: Kat mana stand anda sume tentang kerjaya ni...? Dari segi undang-undang dah terang-terang salah... dari segi etikanya...? Haa.. jum la sama-sama kita refer Kod Etika yang ada tu... hehe...

MASA, KEMAHIRAN & KEJAYAAN

TIME MANAGEMENT counts...

STUDY SKILLS is necessary...

only then you'll achieve VICTORY!!

Thursday, March 05, 2009

RELAKSASI MINDA

JAWAP TELEFON...
Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adalah salah... dan kebanyakannya sama... terfikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi di sini kita akan cuba menukarkan jawapannya (supaya tak la boring sangat!)

1. Soalan : Haloo...siapa disana?
Jawapan :
Ntah. Saya kat sini, mana le saya tau sape kat sana...


2. Soalan : Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?

Jawapan :
Nak cakap, cakap je la, buat ape tanye saya..


3. Soalan : Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

Jawapan :
Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanya boleh dicampur.


4. Soalan : Haloo, mak ade rumah?

Jawapan :
Mak tak de rumah. Bapak ade. Pasal rumah ni bapak yang beli.


5. Soalan : Haloo, saya nak tumpang tanya...

Jawapan :
Maap. sini bukan kaunter pertanyaan..


6. Soalan : Helo, betul ke ini nombor 3233323?

Jawapan :
Sila dail sekali lagi, kalau saya masih menjawab.. betul la tu.


7. Soalan : Helo, may i speak to bedah please?

Jawapan :
Maap. Sini bukan balai polis.


8. Soalan : Assalamualaikum...

Jawapan :
Waalaikumsalam. (Tup!..terus letak fon. (Salam je WAJIB jawab!)

Monday, March 02, 2009

KEHENDAK vs KEPERLUAN


Dalam mencapai impian, 2 perkara sering menjadi pertimbangan kita dalam memilih tindakan. Sama ada KEHENDAK ataupun KEPERLUAN. Yang mana harus didahulukan...?

KEHENDAK
- Sesuatu yang kita hajatkan atau impikan. Biasanya adalah sesuatu yang indah.
- Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai.
- Kadangkala berakhir dengan kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa dizahir dengan usaha.
- Bagi orang yang berdaya maju, kehendak boleh menjadi motivasi atau target yang perlu dicapai dengan usaha yang tidak mengenal kegagalan.

KEPERLUAN
- Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan.

- Kadangkala dibenci kerana berlawanan dengan kehendak.
- Boleh menjadi sesuatu yang diluar jangkaan.
- Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya.
- Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita.


...tepuk dada..tanya selera...

JOM masuk U...!!





motivate your self through this clip...

Sunday, March 01, 2009

PERSONALITI melalui JENIS DARAH


Darah AB
- Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semulajadi. Anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan., kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang lain.

Darah B
- Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.

Darah A

- Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

Darah O

- Adalah jenis pemimpin. Apabila melihat sesuatu yang diinginkan, akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung kompetetif.

p/s: sudah cek jenis darah anda...?