Saturday, March 07, 2009

KAUNSELOR BUNUH DIRI

Apa reaksi anda semua apabila first time baca caption di atas? Mesti ramai ada persepsi yang tersendiri dan berbeza kan? Mungkin ramai yang fikir telah berlakunya tragedi, iaitu seorang kaunselor membunuh diri. Itu juga impression pertama saya bila nampak tajuk artikel ini. Tetapi, SEBENARNYA..., caption ‘kaunselor bunuh diri’ ini merujuk kepada sebuah profesion. Kerjaya seorang kaunselor yang memberi perkhidmatan tentang cara dan perancangan untuk membunuh diri!


Percaya tak...? wujud pula kerjaya macam ni kan... artikel ni saya dapat daripada KOSMO, yang bertarikh 5 Januari 2009. Mula-mua baca, saya rasa macam tak logik je wujud perkhidmatan macam tu yang ditawarkan oleh kaunselor. Tetapi memang WUJUD! Kaunselor bunuh diri ni adalah profesion yang wujud di Eropah. Berfungsi sebagai perunding bagi memastikan perbuatan membunuh diri dapat dilaksanakan dengan terancang dan berjaya.


Di Jerman, lelaki bernama Roger Kusch telah mengiklankan perkhidmatannya sebagai ‘kaunselor bunuh diri’ yang memberi nasihat dan dorongan kepada mereka yang memilih kematian sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Dia kenakan bayaran 8000 euros (RM 38 867) bagi setiap kes yang dibantu. Wah... mahal tu! Antara suggestion Kusch ni tentang cara nak membunuh diri ialah dengan minum racun. Kebanyakan klien Kusch ini adalah orang tua (kesunyian untuk hidup seorang), individu yang sakit ataupun berdepan dengan tekanan. Dia ada lebih 100 calon yang serius dalam senarainya untuk diBANTU! Banyak tentangan terhadap kerjaya ni sebenarnya, sehinggakan Julai lalu, Parlimen Jerman telah mengumumkan bahawa ‘bantuan bunuh diri terancang’, adalah sebagai menyalahi undang-undang. Tetapi sehingga hari ini, profesion ni masih ada. Relevan ke tak... sama-sama la kita fikir.


P/s: Kat mana stand anda sume tentang kerjaya ni...? Dari segi undang-undang dah terang-terang salah... dari segi etikanya...? Haa.. jum la sama-sama kita refer Kod Etika yang ada tu... hehe...

No comments:

Post a Comment